KEM AQIL BALIGH
Konsep ibadah dalam Islam adalah amat luas dan menyeluruh, merangkumi tingkah laku dan amalan manusia seluruhnya yang dikerjakan menurut ajaran Islam. Ibadah mempunyai kaitan yang rapat dengan akhlak. Menerusi ibadah yang betul akan melahirkan kelakuan yang baik bersopan dan berakhlak mulia. Nilai akhlak berpunca daripada agama ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-sunnah. Setiap amalan yang memenuhi syarat-syarat berkenaan boleh menjadi ibadah.
Penekanan ibadah yang mesti diterapkan di kalangan murid peringkat sekolah rendah adalah berkaitan asas bersuci, tayammum, mandi wajib, perlakuan solat serta solat jenazah. Untuk tujuan itu, bagi mencapai matlamat penguasaan asas fardhu ain tersebut di kalangan murid, pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menyediakan beberapa panduan pelaksanaan Kem Aqil Baligh sebagai rujukan pihak sekolah.
Klik button di bawah untuk muat turun bahan Kem Aqil Baligh
Read more...