Powered by Blogger.

PELAPORAN PBS ONLINE TAHUN 2017

Monday 6 November 2017

Assalamualaikum wrt wbt.

Pelaporan Pencapaian PBS Pendidikan Islam Tahun 1, 4, 5 dan 6 Bagi Tahun 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam usaha mendapatkan data Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Islam daripada semua sekolah rendah bagi tujuan memantapkan pelaksanaan KSSR di peringkat sekolah. Data ini mestilah diisi berdasarkan dapatan daripada Borang Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).

Untuk itu, semua sekolah rendah di Negeri Kedah diminta mengisi Borang Pelaporan PBS Pendidikan Islam bagi Tahun 1, 4, 5 dan 6 bagi tahun 2017 melalui pautan Google Form di bawah. Tarikh akhir pengisian Pelaporan PBS Pendidikan Islam adalah sebelum atau pada 15 November 2017.

PERINGATAN PENTING:

  1. Semua sekolah perlu melengkapkan MAKLUMAT SEKOLAH dalam borang yang disediakan.
  2. Sila isi KOD SEKOLAH TANPA JARAK. Contoh: KBA1001. 
  3. Bagi BILANGAN murid, sekolah hanya perlu isi NOMBOR SAHAJA. Contoh: 120. 
  4. Sekiranya terdapat sekolah yang mengisi nombor dan disertai perkataan ORANG (Contoh: 120 Orang), maka keselurahan analisis akan ternganggu.
Sebarang maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Penolong Pengarah Pendidikan Islam (Teras Rendah) Ustaz Mohd Nasir Bin Abdullah di talian 04-7404260. Segala kerjasama dan sokongan tuan adalah sangat dihargai. Sekian, terima kasih.

Sila klik button Pelaporan PBS Pendidikan Islam mengikut tahun di bawah;

https://goo.gl/roYVZP      https://goo.gl/9S44vR
https://goo.gl/7SQuAr      https://goo.gl/65NL2h





Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP